Kriteria
Kriteria yang diguna pakai dalam proses penilaian dan pemilihan pemenang.
- Kefungsian (40%)
 - Kebolehpasaran (40%)
 - Kreativiti & Keaslian (15%)
 - Kekemasan (5%)
 
Projek inovasi perlu:
- Berfungsi dengan baik dan selamat.
 - Menjimatkan masa dan tenaga.
 - Mempunyai keaslian berbanding produk sedia ada.
 
Aspek yang dinilai:
- Keunikan produk.
 - Potensi kerjasama dengan industri.
 - Kemudahan dalam proses pembuatan.
 - Penggunaan bahan dan peralatan yang bersesuaian.
 - Nilai pasaran yang baik (dengan bukti kajian pasaran).
 - Kaedah pembentangan menggunakan pelbagai audio visual terkini.
 
Juri akan menilai:
- Rekaan yang unik dan asli.
 - Tidak meniru produk lain / penambahbaikan melebihi 45% daripada produk asal.
 - Menggunakan kaedah yang mudah untuk dibuat dan diselenggara.
 
Penekanan kepada:
- Pemasangan komponen kelihatan sempurna.
 - Peralatan tambahan mudah digunakan.
 - Tiada kecacatan seperti kesan welding, efek cat, gam, kesan simen, dan lain-lain.
 
Format Penilaian Pertandingan
Format yang diguna pakai dalam proses penilaian untuk tiga(3) peringkat pertandingan.
Peringkat Pertama: Penilaian Pra Kelayakan oleh Pihak Urus Setia
Semua permohonan termasuk sinopsis kefungsian dan lakaran teknikal yang diterima akan dibuat tapisan di peringkat Urus Setia untuk memastikan permohonan memenuhi syarat-syarat penyertaan dan tatacara permohonan yang telah ditetapkan.
Peringkat Kedua: Penilaian Pertandingan oleh Juri/Hakim
Penilaian akan dilakukan pada hari pertandingan dengan melihat kepada kefungsian, kebolehpasaran, kreativiti/ keaslian dan kekemasan produk inovasi yang dihasilkan. Pada peringkat ini, pihak juri/hakim membuat penilaian dan pengesahan ke atas pematuhan kriteria penilaian yang ditetapkan.
Peringkat Ketiga: Penilaian Akhir oleh Ketua Juri/Hakim
Hasil keputusan daripada semua hakim akan diangkat untuk dipertimbangkan dan penilaian akhir akan dibuat oleh Ketua juri/hakim bagi memilih pemenang. Keputusan pertandingan adalah muktamad.
Muat Turun Garis Panduan NeWIC 2025
Dapatkan dokumen rasmi Garis Panduan Pertandingan NextGen World Innovation Challenge (NeWIC) 2025 yang merangkumi kaedah pelaksanaan, kriteria penilaian, serta skema pemarkahan lengkap.
Menuju NeWIC 2025 
 @ Kolej KEDA
				Jangan lepaskan peluang anda untuk sertai dan mempamerkan inovasi terbaik pada 5-7 November 2025 sempena Karnival TVET Madani@Kolej KEDA!
NeWIC 2025 adalah pentas untuk generasi baharu mempamerkan bakat, kreativiti dan inovasi. Sertai kami dalam empat kategori utama dan buktikan bahawa idea anda mampu mencipta perubahan!
Hubungi Kami
- 019-5779604 (Encik Zulkarnai,KEDA)
 - 016-9613571 (Puan Aina,KEDA)
 - 013-3444330 (Puan Ruzy Haryati,UTeM)
 - 012-6173451 (Cik Ernihazra,UTeM)
 
Inovasi dan kreativiti anda adalah kunci kepada masa depan yang lebih baik.
©2025, NeWIC. All Rights Reserved

