Pelaksanaan NeWIC 2025
            	      		1
    	                  
  
  Kategori Penyertaan
Peserta akan bertanding mengikut kategori berikut setelah disahkan oleh institusi masing-masing dan setiap penyertaan adalah percuma tanpa sebarang kos pendaftaran:
- Institut Pengajian Tinggi (IPT) – Awam & Swasta
 - Institusi TVET – Awam & Swasta
 - Sekolah & Kolej Vokasional (KV) – Awam & Swasta
 
            	      		2
    	                  
  
  Kategori Projek Inovasi
Empat (4) kategori projek yang dipertandingkan:
- Produk Pengguna (Consumer, Kesihatan & Kecantikan, Fesyen)
Projek inovasi yang membantu meningkatkan produktiviti dan memudahkan urusan seharian. - Bahan Terbuang (Plastik, Sisa Makan & Organik, Logam, Kertas & Kadbod, Kaca, Tekstil & Fabrik)
Projek inovasi yang menggunakan bahan terpakai/terbuang dan dijadikan produk berguna. - Pendidikan (Alat Bantu Mengajar, Perabot & Kemudahan Sekolah, Seni & Kreativiti, Teknologi STEM)
Projek inovasi yang boleh dijadikan Alat Bantu Mengajar (ABM) untuk memudahkan proses PdP. - Elektrik & Elektronik (Peralatan Pintar, Peranti, Tenaga & Kelestarian, Mobiliti, E-Waste, Upcycling Elektronik)
Projek inovasi yang berkaitan dengan peralatan elektrik atau elektronik. 
            	      		3
    	                  
  
  Ciri-ciri Projek
- Projek mesti memberi manfaat jelas dalam meningkatkan kualiti & produktiviti.
 - Projek mesti mempunyai novelty (keunikan) dan potensi nilai komersial serta berfaedah kepada Agensi/ Institusi masing- 
masing dan masyarakat. - Projek mestilah telah siap sepenuhnya dan dipamerkan sepanjang pertandingan berlangsung.
 
            	      		4
    	                  
  
  Kumpulan
- Setiap kumpulan terdiri daripada maksimum 5 orang peserta.
 - Disertai oleh 1 orang penyelia bagi setiap kategori penyertaan.
 
            	      		5
    	                  
  
  Peringkat Penilaian
Penilaian dilaksanakan dalam tiga (3) peringkat utama:
- Penilaian Pra Kelayakan (16–20 Oktober 2025) – oleh Urus Setia.
 - Penilaian Semasa Pertandingan (5–7 November 2025)– oleh Juri/Hakim.
 - Penilaian Akhir – oleh Ketua Juri/Hakim.
 
            	      		6
    	                  
  
  Penilaian Pra Kelayakan
- Setiap penyertaan akan disemak dan dipertimbangkan oleh Urus Setia Induk.
 - Keputusan kelayakan penyertaan akan dimaklumkan kepada peserta pada 21 Oktober 2025 di laman web ini.
 
            	      		7
    	                  
  
  Poster Projek
- Peserta yang melepasi pra kelayakan perlu menyediakan poster projek saiz A1.
 - Template poster akan dibekalkan oleh urus setia.
 - Poster mesti dipamerkan sepanjang pertandingan.
 - Kos cetakan ditanggung peserta.
 
            	      		8
    	                  
  
  Proses Pemilihan Pemenang
- Pihak juri/hakim akan menilai semua projek berdasarkan kriteria yang ditetapkan.
 - Projek terbaik dalam setiap kategori akan disenarai pendek.
 - Ketua juri/hakim akan memilih pemenang utama.
 - Keputusan pemenang pertandingan yang dibuat oleh ketua juri/hakim adalah muktamad.
 
            	      		9
    	                  
  
  Hadiah
- Setiap pemenang akan menerima hadiah dalam bentuk wang tunai, trofi dan sijil penghargaan.
 - Bentuk dan nilai hadiah tertakluk kepada peruntukan sedia ada.
 
Menuju NeWIC 2025 
 @ Kolej KEDA
				Jangan lepaskan peluang anda untuk sertai dan mempamerkan inovasi terbaik pada 5-7 November 2025 sempena Karnival TVET Madani@Kolej KEDA!
NeWIC 2025 adalah pentas untuk generasi baharu mempamerkan bakat, kreativiti dan inovasi. Sertai kami dalam empat kategori utama dan buktikan bahawa idea anda mampu mencipta perubahan!
Hubungi Kami
- 019-5779604 (Encik Zulkarnai,KEDA)
 - 016-9613571 (Puan Aina,KEDA)
 - 013-3444330 (Puan Ruzy Haryati,UTeM)
 - 012-6173451 (Cik Ernihazra,UTeM)
 
Inovasi dan kreativiti anda adalah kunci kepada masa depan yang lebih baik.
©2025, NeWIC. All Rights Reserved

